Wednesday, February 29, 2012

Buat Baik Kena Baik?

Bismillah,

Wow, tajuk yang agak provokasi ke? Eh tak de la, biase je! ehe.. Dewasa ini, orang sudah semakin sedar dan mahu menjadi baik (waaah baku nya ayat, terharu!). Kalau nak buat baik kena baik dulu ke? Betul ke? Atau dalam konteks aku sekarang, nak post sesuatu yang baik kena baik dulu ke? Atau dalam konteks korang yang suke main fb or twitter, nak share or twit benda baik kena jadi baik dulu ke? So kalau aku ni tak baik sangat, akhlak tak berapa sempurna, hafalan surah dalam juz amma pun tak berapa ingat, aku tak layak post pasal agama atau tazkirah ke?  Sebab ape aku cakap eh silap, tulis macam tu? Sebab ada orang bila orang post benda-benda baik, dia akan automatik terlintas begini di benak dan hatinya:

"Hek eleh, kerek je, macam la dia tak pernah buat salah. Post pasal agama, macam la dia baik sangat! Puiiiihhh!!"

ataupun ada juga yang secara tanpa dia sedari terpacul ayat begini di mulutnya, ayat high expectation tak terhingga:

"Ni mesti spesis pijak semut tak mati, kalau jumpa tepi jalan mau kena ceramah sampai lebam."

Allahu Akbar! Post benda baik memang tak bermaksud kita ni baik dan sempurna, tapi ke arah menjadi baik, inshaallah. Ya, kita semua sama beb, pendosa, sila cakap kat aku siapa atas muka bumi Allah yang indah ni yang tak pernah seumur hidupnya buat dosa (Kecuali yg meninggal sebelum baligh)? Kita semua pendosa, orang yang selalu buat dosa yang sentiasa khilaf dan lemah. Buat baik ataupun post benda baik, tak memerlukan seseorang itu menjadi baik, bukankah menjadi baik itu satu PROSES? Jangan perlecehkan benda baik yang orang lain buat walau sekecil apa pun, dan sentiasalah berbaik sangka sesama kita, ia boleh menjadi doa dan mana tau, korang ni jenis yang makbul doanya, so masa korang bersangka baik tu malaikat aminkan kata-kata korang, dan seseorang tu jadi baik di kemudian hari? Bukankah itu namanya 'happy ending story' ?

Sama juga macam kes minah 'khemah' macam aku ni, pakai tudung labuh or bidang 60, bila korang terlihat wanita anggun seperti aku, jangan la cepat-cepat buat conclusion extreme seperti:

"Woi, woi jangan cakap hal dunia dengan dia, jangan cerita apa-apa pasal hal korang kat dia, nanti korang kena ceramah sampai pagi, pastu bangun tidoq kena ceramah lagi."

Lebih ngeri lagi,

"Ustazah mai dah, jom kita hurung dia, tanya pasal perbezaan mazhab sambil-sambil tu boleh suruh dia ajar bahasa arab, mesti on punya!"

Assalamualaykum!! Zaman dah berubah la, wanita moden seperti aku dan dia pun nak tutup aurat dengan sempurna bukan ustazah-ustazah or mereka yang mengambil jurusan agama sahaja ok, sebab tu kami pilih tudung labuh or tudung 60 inci ni. Sila jangan salah faham juga, bertudung besar ni, bukan bermaksud kami tak pernah salah, lemah lembut tak bertempat dan mulut sentiasa berbuih ceramah itu ini kat orang. Kami juga tidak sempurna, sering khilaf malah menghafaz juz amma pun tersekat2 (eerrr aku la tu..hui3). Layan macam biasa la kawan, jangan cepat gelabah! ehee..Lagi satu, bukan aku nak kata tudung kecil tu tak sempurna, selagi ia menutup aurat dan mematuhi syarat iaitu menutup dada, is ok, go on! tak de sape nak tegah pun. Pilihan masing-masing, yang penting apa? KERJASAMA!! eh salah, yang penting aurat tertutup sempurna. ^___^.. Ok sekian terima kasih..

Belog lagi?

Mungkin bagi korang gamba ni tak de kaitan langsung dengan tajuk sb aku pun pikir benda yg sama...lalalalala

Bismillah, jangan segan nak mulakan sesuatu dengan Bismillah selalu walaupun kita ni tak baik, sebab apa? Lama-lama kita segan nak buat benda tak baik atas nama Allah. Tak percaya? Tak percaya sudah! Er salah, tak percaya cubalah (versi sopan, kui3). Jangan cakap korang tak pernah tengok cerita "Syurga Cinta"..Scene Irham nak teguk arak dengan sopan tetiba dia automatik sebut 'Bismillah' dan kerana itu juga dia tersedar perbuatan itu salah di mata Allah, lalu lari bertempiaran meninggalkan rumah maksiat. Itulah kuasa nama Allah, ehe.. Ni entry pertama aku untuk belog special dan unik ni(well, sapa nak puji kalau bukan aku?). Antara perkara yang bermain dalam minda genius aku sebelum menubuhkan belog special tak hengat ni adalah:

~Apa kehal aku mengada-ngada nak buat belog baru bagai? Kan dah ada belog? Belog kau yang satu tu pun dah berabuk tak hupdate, Isk!
~Apa alamat belog aku yg sempoi ni ye? Supaya macam best walaupun xberapa best? dan apa pula nama kepada belog aku ini? (Aiceh tetiba lidah jadi baku)
~Apa benda yg aku nak mengarut dalam belog ni? wait, mengarut berisi ok?
~Apa reaksi teman-teman dan paling penting suami yg baru aku nikahi bila tau aku ada belog lagi? Adeh...
_Ada ke org nak baca belog aku ni? Berlambak belog best kat luar sana contohnya-___________ (err isi tempat kosong)

Itulah perkara-perkara yang mengganggu aku, semenjak aku terfikir nak buat belog baru (1 jam yg lepas) haha..APa-apa pun, ada hujah-hujah yang begitu agak konkrit juga bagi aku sehingga aku mengambil keputusan nekad bulat dan sebagainya untuk menubuhkan belog ohsem ni. Hm hujah-hujah tu membalas pertanyaan-pertanyaan di atas.

~Aku bukan mengada-ngada, tapi bersungguh-sungguh kali ni, belog aku yg satu tu dalam Bahasa Inggeris, so aku tak nak rojakkan dengan bahasa melayu, biarlah dia di situ, so belog ni versi Bahasa ibunda tercinta, bahasa Melayu. Siapa nak angkat martabat bahasa sendiri, kalau bukan diri sendiri? (Oh kuduskan??)
~Hmmm alamat belog, aku nak kekalkan nama pena aku yg ohsem tu, ababil pastu aku tambah kat belakangnya nama pena suamiku yg ohsem plak, iaitu buraq. Wah ababil dan buraq, memang pasangan cocok kan? Uhhhh suweeeetnye..haha, meremang bulu tekak!Tajuk belog plak kau letak contiang-contiang berisi, so apa motif aku letak contiang tapi  berisi? Contiang tu apa kebenda? Contiang tu loghat kedah yang bermaksud conteng. Ya la, belog ni belog aku, so aku nak conteng la sesuka hatiku, tapi kena pastikan ada isi, iaitu benda yang mana tahu boleh memberi manfaat pada orang lain (Sila beri tepukan gemuruh ok!)
~Macam-macam benda dalam kepala ni yang aku nak kongsi, tapi tak terluah kat sesiapa, mungkin yang paling selalu dengar suami akulah, so aku nak share juga dengan orang lain, iaitu sesiapa je lah yang terserempak dan terjelepuk kat belog ohsem aku ni..kui3..nasib leeee..
~Reaksi dorang? Ok, aku perlu positif, sudah tentu diorang akan menyokong usaha murni aku ni, walaupun dalam hati mungkin ada sekelumit rasa seperti, "Isk xde keje lain ke minah ni?"..ehehe..
~Orang bace ke tak, itu tak penting, yang penting apa yang tersirat dapat terluah di sini, satu hari nanti kalau dipanjangkan umur, anak-anak dan cucu cicit ku boleh baca sambil berasa begitu bangga.."Poyo jugak mama aku ni." ataupun "Wow cool nya nenek aku rupanya.." Hui3

So, akhirnya aku memilih gambar editan aku sendiri sebagai header, ya aku upgrade la dari semasa ke semasa nanti bagi nampak sempoi sikit, baru bersemangat nak menulis, tak gitu?? Apa-apa pun, niat nak menulis ni perlu dimurnikan selalu, buat kerana apa?? Kerana Allah, inshaallah. Aku ni bukan orang baik pun, cuma sedang cuba menjadi lebih baik. Juz amma pun masih lupa-lupa(Oh malu pada encik suami!)..Okie dokie, esok la post lagi, harap-harap tak lupa nak post pasal apa esok..kui..

Assalamualaykum! :)